Cart 0

Jual & Sewa Mesin Minuman Layan Diri
Pelanggan boleh membuat pembelian pelbagai pilihan Mesin Minuman Layan Diri tersedia. Syarikat juga menyediakan perkhidmatan menyewa mesin kepada organisasi atas permintaan. Mereka yang berminat untuk menyewa mesin untuk kemudahan pekerja, pelajar, pelanggan atau pengunjung premis boleh berhubung terus dengan pegawai khidmat pelanggan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Menempatkan & Menguruskan Mesin Minuman Layan Diri
Syarikat juga menjual dan menempatkan mesin melalui jualan pakej untuk kemudahan pelanggan mendapatkan tapak untuk berniaga. Tapak-tapak yang ditawarkan adalah tapak yang tersedia dan yang telah diusahakan oleh syarikat. Syarikat juga menawarkan pengurusan Mesin Minuman Layan Diri pelanggan yang di tempatkan di pelbagai lokasi.

Penyelenggaran & Penambahbaikan Mesin Minuman Layan Diri
Syarikat membekal pelbagai jenis sparepart Mesin Minuman Layan Diri dan Juruteknik kami akan melakukan pertukaran, pembaikan, pembersihan komponen dalaman mesin dan mengekalkan peralatan Mesin Minuman Layan Diri dalam keadaan yang baik sepanjang masa.

Mengedar & Menjual Minuman Keluaran Produk IKS & PKS
Kami mempunyai kelebihan bagi menawarkan kepada konsumer minuman pilihan terbaik dari produk IKS dan PKS.

Soalan Lazim Ditanya (FAQ) Bagi Menempatkan Mesin Minuman Layan Diri

1) Apakah keperluan untuk meletakkan Mesin Minuman Layan Diri?

ZMD Vending memerlukan minimum 200 pengguna bagi 1 unit mesin untuk menyokong Mesin Layan Diri ini. Ia adalah penting untuk memastikan jumlah pengguna yang mencukupi bagi kesinambungan perniagaan ini kekal di tempat tersebut.

2) Di manakah Mesin Minuman Layan Diri ini ditempatkan?

Bergantung kepada jenis kemudahan, perkhidmatan dan tempat. Sebagai panduan, Mesin Minuman Layan Diri perlu diletakkan di tempat terdapat ramai orang berkumpul, sama ada bekerja, belajar, berekreasi dan sebagainya. ZMD Vending bersama-sama dengan pihak terlibat akan meninjau tapak untuk menempatkan mesin dan menilai keperluan pengguna untuk menentukan lokasi yang terbaik dan mencadangkan jumlah mesin yang perlu ditempatkan.

                                                           3)  Adakah terdapat tempoh percubaan bagi meletakkan Mesin Minuman Layan Diri ini?

Ya, terdapat tempoh percubaan sehingga 3 bulan untuk tetapan lokasi sesebuah mesin.Pihak kami akan menilai kesan produk ke atas populasi individu bagi setiap lokasi. Jika pendapatan bagi mesin tidak memenuhi sasaran minimum, ZMD Vending akan mengemukan surat permohonan secara bertulis kepada pihak berkaitan untuk mengubah kedudukan mesin ke kawasan sekitar yang lebih strategik atau menarik semula mesin.

4)  Bagaimana jika Mesin Minuman Layan Diri dirosakkan?

Jika berlaku kerosakan pada mesin, ZMD Vending akan bertanggungjawab bagi sebarang kerosakan atau kehilangan wang hasil jualan. Justeru itu, ZMD Vending mempunyai mekanisma yang lebih efektif dalam menangani vandalisma. Walau bagaimanapun, ZMD Vending berhak untuk memindahkan mesin jika vandalisma terus berlaku.