Cart 0

Urus Akaun Bisnes Vending Machine

Pertama sekali, tahniah diucapkan kepada anda kerana berani menceburkan diri dalam dunia perniagaan vending machine sepenuh masa atau pekerja makan gaji yang baru berjinak-jinak buat secara part-time. Bukan senang nak uruskan vending machine walaupun hanya 1 mesin. Ianya juga memerlukan komitmen yang tinggi. Saya menyokong niat suci anda dan mendoakan perniagaan anda berjaya. Tetapi perasan atau tidak kebanyakan kita yang bergelar operator vending machine banyak menyimpan maklumat perniagaan kita sekadar di kepala sahaja. Kos dan jualan sekadar agak-agak. Mungkin ada juga yang ada simpan secara lengkap melalui perisian perakaunan atau dengan ‘Microsoft Excel’ tapi berapa ramai sangat yang buat begini. Bukankah buku kira-kira itu penting?

 Mengapa ini terjadi

 1. Tiada ilmu mengenai buku kira-kira
 2. Mengambil ringan kepentingan simpan buku kira-kira
 3. Tiada budget untuk membeli perisian konon nya.. (gunakan Microsoft Excel sudah)

 Dan banyak sebab lain

 Tahukah anda akibat tidak membuat buku kira-kira?

Jika kita tidak mempunyai sistem, matlamat utama kita mudah dilupakan. Bukan itu sahaja, kita juga tidak tahu yang kita sedang mengalami kerugian. Dengan menyimpan rekod yang lengkap, ia juga membolehkan kita membuat unjuran kewangan dan mengawal aliran tunai dengan baik. Malah kita dapat melihat perkembangan perniagaan kita dan membuat rancangan untuk mengembangkan perniagaan ke tahap seterusnya..(tambah mesin laaa)

Ikuti kami di entry seterusnya untuk tips dan langkah pertama yang perlu anda ambil untuk merekod & menguruskan buku kira-kira dengan mudah.



Older post