Cart 0

CARA MEMULAKAN PERNIAGAAN VENDING MACHINE

Adakah anda tercari-cari perniagaan yang mudah tetapi menguntungkan yang anda boleh uruskan hanya dari rumah? Mengapa tidak memulakan perniagaan mesin layan diri? Baca lebih lanjut untuk mengetahui betapa mudah menjalankan perniagaan sedemikian.

 
1. Cari lokasi yang sesuai.
Dalam apa jua perniagaan, pilihan lokasi amat penting. Jika anda ada lokasi yang strategik, perniagaan anda pasti menguntungkan. Jenis lokasi yang dipilih juga menentukan vending machine yang sesuai untuk diletakkan.

                                     
2. Beli vending machine yang sesuai dan dengan harga yang berpatutan. 


Kini di pasaran terdapat pelbagai jenis vending machine. Kecilkan skop pencarian anda, kepada beberapa faktor penting. Pastikan anda kunjungi premis pembekal dan berjumpa dengan person incharge berkaitan. Bina hubungan baik dengan pembekal dapat melancarkan pengurusan vending machine anda. Kini terdapat pelbagai jenis vending machine di pasaran. Pastikan mesin yang dipilih bersesuaian dengan lokasi. Kenal pasti mesin yang ingin dibeli. Sebaiknya anda rekod model, tahun pengeluar, nombor siri, dan jangan lupa snap gambar mesin.

                                       

3. Isi mesin anda dengan produk minuman dan makanan.  


Tujuan anda meletakkan vending machine adalah untuk memenuhi keperluan minuman atau makanan kumpulan sasaran pelanggan. Oleh itu, pilih produk yang sesuai dan mendapat permintaan di kawasan/lokasi tersebut. Jika anda menempatkan mesin disekolah, pastikan tiada air berkarbonat diletakkan didalam mesin. Jika ditempatkan di kilang, mungkin boleh perbanyakkan pilihan air bertenaga seperti Redbull dan 100Plus. Jika di kawasan pejabat mungkin air popular dari jenis kopi seperti Nescafe, Wonda, Pokka dan lain-lain.



4.  Set harga jualan yang sesuai. 


Ketika menentukan harga jualan setiap produk, anda perlu memeriksa harga pasaran dan harga pesaing. Kebiasaanya, harga jualan perlulah dua hingga tiga kali lebih tinggi atau kenaikan 25% daripada harga pasaran jika diletakkan di dalam vending machine. Contohnya, jika anda beli air tin Coca-Cola dengan harga RM1.00/tin, anda boleh menjualnya dengan harga RM1.80 - RM2.00 setin.



                                       

5.  Bekerja seperti profesional. Pastikan mesin anda bersih, kemas, nampak menarik dan yang penting berfungsi dengan baik


  • Sentiasa penuhkan mesin anda dengan produk. Jangan biarkan mesin tanpa produk kerana ia meninggalkan imej yang tidak baik pada pelanggan.
  • Sentiasa pastikan mesin berfungsi dengan baik dan segera baiki jika berlaku sebarang kerosakan mesin.
  • Mesin hendaklah dibersihkan dibahagian luar dan dalam. Sentiasa bawa kain untuk lap mesin setiap kali datang untuk isi air dalam mesin.
  • Jalinkan hubungan baik dengan pelanggan anda. Soal selidik mereka mengenai apa produk yang mereka mahu lihat pada mesin.


Older post Newer post