Cart 0

3 LANGKAH MUDAH UNTUK MEMAKSIMUMKAN JUALAN PRODUK DARI VENDING MACHINE MENGGUNAKAN PERATURAN 80/20

Anda mungkin pernah mendengar Prinsip Pareto iaitu 80% daripada jualan mesin datangnya dari 20% pelanggan. Pemerhatian Pareto ada logik akalnya apabila diimplimentasikan dalam menguruskan vending machine, anda sebagai operator vending machine perlu memberi tumpuan kritikal bagi mendapatkan 20% pelanggan yang betul bagi memaksimumkan pendapatan vending machine anda.

Saya akan menggariskan disini tiga langkah mudah yang dapat membantu operator vending machine memaksimumkan jualan menggunakan peraturan 80/20.

1) Kenal pasti pelanggan anda

Anda perlu memastikan siapakah pelanggan anda samada mereka pelajar, pekerja atau orang awam pelbagai peringkat umur. Dalam kebanyakan kes, adalah sangat penting membuat tinjauan lokasi terlebih dahulu bagi menentukan pelanggan yang berkualiti dengan mengenali mereka dan apa yang mereka suka.

2) Pilihan produk yang tepat

Ini bermakna, anda perlu sentiasa memeriksa mesin dan memastikan bilangan produk sentiasa mencukupi, memeriksa tarikh luput produk dan sebagainya. Untuk satu tempoh masa, periksa pula graf jualan untuk setiap produk. Beri tumpuan kepada graf jualan yang rendah. Jika produk kurang mendapat sambutan, tukar dan cuba produk lain. Sentiasa bereksperimen dengan produk baru dan update produk dalam mesin mengikut trend pasaran.
Penyelesaian terbaik untuk menjejaki jualan dan belian produk untuk vending machine ini adalah dengan menggunakan perisian khas. Walau bagaimanapun, perisian mudah seperti Microsoft Excel juga dapat membantu anda dengan lebih mudah dan jimat.

3) Memastikan vending machine sentiasa tersedia untuk jualan

Pastikan anda sentiasa melawat mesin. Tinggalkan nombor untuk dihubungi pada mesin sekiranya berlaku kerosakan atau sebarang masalah teknikal mesin terjadi seperti duit baki tidak keluar, air yang beli tidak sama dengan air yang diterima atau mungkin air tidak keluar langsung. Kekalkan produk yang cepat dijual/habis. Jangan tinggalkan rak kosong terlalu lama. Sentiasa isi semula produk jualan sekerap mungkin. Rak kosong memberi bad impression atau tanggapan negatif pada mesin dan menjauhkan pelanggan dari mengunjungi mesin kita.





Newer post